Lamanya Tak Update!

on Saturday, April 14, 2012

Salam untuk semua...

Rasanya dah terlalu lama blog ni ditinggalkan berhabuk dan kusam, penuh dengan sarang labah-labah dan mungkin anai-anai pun dah merasakan yang tempat ni sudah tak ada tuannya lagi :) Entah kenapa tiba-tiba teringat kat blog ni, kebetulan hari minggu kali ni tak ada kerja yang harus diberi keutamaan..sekadar menjenguk, dan memang... kali terakhir berada di sini adalah 8 Mac 2010. Phew!

Tak ada benda yang nak diceritakan sebenarnya, sekadar menyinggah sebentar untuk 'menghidupkan' domain ni dari terus pupus selama-lamanya tanpa ada kesan. Mungkin ruang masa lain kali boleh digunakan untuk berbicara lebih panjang..dan rasanya amat pasti takkan ada sesiapa yang rindu nak menjenguk blog ni pun sebenarnya, hanya tuan blog sahaja yang perasankan diri dan hati sorang2..hehe..

Apa pun, insyaAllah kalau umur panjang..bertemu lagi di lain lembaran..dengan cerita yang mungkin lebih menarik dari yang apa ditatap sekarang..

Salam 2012! :)

Bila Burj Dubai Bertukar Menjadi Burj Khalifa

on Monday, March 8, 2010

Bila Burj Dubai Bertukar Menjadi Burj Khalifa.

Oleh : Fudzail, Dubai, UAE

Biodata : Fudzail adalah ekspatriat Malaysia yang bermastautin di UAE sejak tahun 2000 dan terlibat secara langsung dalam pelbagai projek mega seperti Dubai Internet City, Dubai Media City, Palm Jumeirah, Palm Jebel Ali, International City, Discovery Gardens, Dubailand.

Tanggal 4 Januari 2010 menjadi sejarah unggul emiriah Dubai apabila struktur tertinggi planet bumi dirasmikan sempena ulangtahun ke empat penobatan Sheikh Mohammad Al Maktoum sebagai Emir Dubai. Dalam kemelut hutang yang mencecah Dhs80 bilion, menara setinggi 828 meter ini diharapkan dapat memulihkan nasib dan reputasi emiriah kedua terbesar dalam persekutuan UAE.


Satu generasi sebelum ini, Dubai hanyalah sebuah kampung nelayan yang sunyi. Kemudian bangkit sebagai pusat kewangan dan bisnes Timur Tengah yang menempa kejayaan demi kejayaan, terutama dibawah kepimpinan Sheikh Mohamed Al Maktoum sejak menjadi Putera Mahkota lagi.


Sebelum itu, visi ayahanda beliau, Sheikh Rashid Al Maktoum dengan pembinaan prasana seperti pelabuhan, lapangan terbang, creek, zon dagangan bebas dan polisi ramah bisnes menjadi asas pada kemakmuran Dubai yang tidak mempunyai sumber minyak yang banyak seperti Abu Dhabi.


Setelah lima tahun dalam pembinaan dan dikenali sebagai Burj Dubai, malam perasmian memberi kejutan apabila menara itu kini dikenali sebagai Burj Khalifa, mengambil sempena nama Presiden UAE, Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan. Keseluruhan kos pembangunan projek Burj Khalifa seluas 500 ekar adalah Dhs20 bilion. Kos strukturnya sahaja dalam USD1.5 bilion.


Burj Dubai dianggap kemuncak pembangunan pesat Dubai sedekad lalu walau krisis ekonomi akhir tahun 2008 membantutkan banyak pembinaan hartanah dan hiburan mega lain seperti Dubailand, Palm Jebel Ali dan Jumeirah Gardens. Pernah Sheikh Mohamed Al Maktoum mengatakan yang apa yang dilihat hanyalah 10% dari visi beliau!


Disebalik tanggungan hutang yang membebankan, upacara perasmian Burj Khalifa dibuat dengan penuh gemilang dimana 10,000 bunga api, pancuran air dan pancaran laser mencerahkan langit dengan persembahan yang menakjubkan. Penghuni Dubai bersesak untuk menyaksikan perasmian dan terlupa seketika mengenai krisis serta cabaran lebih besar tahun 2010. Meninggalkan pelbagai peristiwa tahun 2009 yang memberikan gambaran sebenar disebalik kilaun pembangunan rancak Dubai sepanjang dekad lalu.


Perasmian sktruktur se gah Burj Khalifa tanpa kehadiran Presiden yang namanya diabadikan membawa pelbagai spekulasi. Abu Dhabi baru-baru ini mem'bail-out' Dubai saat-saat akhir dengan pinjaman USD10 bilion untuk membantu membayar hutang anak-anak syarikat kerajaan Dubai seperti Nakheel dan Dubai Holdings.


Menurut lapuran media barat, pinjaman itu tentunya datang dengan syarat-syarat tertentu. Pelbagai andaian timbul kerana dua emiriah besar dan berpengaruh dalam UAE ini sering kelihatan saling bersaing dan berselisihan. Sheikh Mohamed Al Maktoum beberapa kali menafikan timbulnya krisis antara mereka dan menyatakan berulang-kali yang keduanya adalah adik beradik. Sesuatu yang tidak kedengaran dari pihak Abu Dhabi.


Dikatakan antara tawar-menawar untuk membantu Dubai melunaskan tanggungan hutang ialah beberapa aset penting dan strategik Dubai mestilah dibawah kawalan Abu Dhabi. Selain beberapa kuasa eksekutif bertukar tangan. Semua andaian dan spekulasi ini menjadi sebahagian dari perbualan awam di mana-mana.


Abu Dhabi adalah emiriah terkaya dengan simpanan hasil minyak antara yang terbesar di dunia dan simpanan dana yang amat besar, dikatakan USD700 trilion. Menjadi tunggak UAE di mana ibukota UAE adalah Abu Dhabi. Dubai mempunyai kuasa eksekutif sebagai Naib Presiden dan Perdana Menteri. Pengagihan kuasa antara Abu Dhabi dan Dubai adalah termaktub dalam perlembagaan dan emiriah lain tidak mempunyai kuasa untuk mengubah apa-apa.


Abu Dhabi lebih bersifat sederhana dalam banyak perkara, manakala Dubai memang agresif. Tidak heran ramai yang lebih kenal Dubai dari Abu Dhabi mahupun UAE sendiri. Ini kerana imej hebat Penerbangan Emirates dan Pelabuhan Dubai yang mempunyai rangkaian pelabuhan sedunia, selain kota Dubai yang bersih, aman dan glamor.


Sememangnya pembinaan Burj Khalifa adalah terlalu besar untuk tergendala kerana maruah Dubai akan lebih terjejas teruk. Tahun lepas ada pengumuman sebuah lagi menara yang mahu dibina setinggi 1 km oleh Nakheel. Projek itu terbantut sebaik krisis ekonomi menelanjangkan keadaan kewangan Dubai. Kalau tidak, Dubai akan mempunyai dua menara tertinggi dunia, sesuatu yang membazir dan tidak diperlukan sama sekali.


Dengan perasmian struktur tertinggi dunia yang mempunyai 160 tingkat berpenghuni, 57 lif terpantas akan serentak memberi cabaran lebih besar untuk memenuhi 160 unit bilik mewah hotel dan 1,044 buah unit apartmen apabila sektor hartanah Dubai masih teruk merudum. Banyak projek tergendala dan lebih banyak bangunan kosong di mana-mana.


Ramai ekspatriat Dubai yang kehilangan kerja dan banyak kereta ditinggalkan di lapangan terbang kerana mereka pulang tanpa mahu membayar hutang. Dikatakan penduduk Dubai berkurangan dalam tahun 2009 walau kesesakan jalanraya masih belum berkurang.


Harga sewa rumah dan apartmen yang pernah menjadi isu besar sebelum krisis ekonomi kini kembali ke harga sebelum krisis. Malah di mana-mana banyak kelihatan iklan 'rumah untuk di sewa.' Tuan rumah yang selama ini tamak dan sombong kini terpaksa menurunkan harga sewa dari kehilangan penyewa yang mempunyai banyak pilihan.


Syarikat pemaju Burj Khalifa, Emaar telah menjual sebahagian besar unit apartmen dalam masa 2 hari dalam tahun 2004 ketika hartanah melonjak ke taraf luar biasa. Sewaktu kemuncaknya dalam tahun 2008, satu kaki persegi bernilai RM10,000.


Seperti nilai hartanah lain di Dubai yang jatuh 50%, harga sekaki persegi di Burj Khalifa dijangka akan terus menjunam 30% lagi.

Cabaran sebegini akan menjadi ujian besar untuk memulihkan kepercayaan kepada Dubai oleh para pelabur yang sudah ramai kerugian. Malah perbankan dan kewangan dunia juga akan sama memerhati sejauh mana Burj Khalifa akan dapat memulihkan kedudukan Dubai.


Sheikh Mohamed turut mengheret ramai eksekutif anak-anak syarikat kerajaan Dubai ke mahkamah atas tuduhan korupsi. Antara mereka ialah tokoh-tokoh dan pemimpin korporat yang sebelum ini berprofil tinggi.


Lebih mengejutkan dalam satu perstrukturan semula apabila antara yang disingkirkan dari kerusi lembaga pengarah Dubai Investment Corporation yang menjadi tunjang pelaburan Dubai (seperti Khazanah) ialah Mohamed Gergawi (pengerusi Dubai Holding dan menteri), Mohamed Al Abbar (pengerusi Emaar) dan Sultan Sulayem (pengerusi Dubai World) yang sebelum ini menjadi ‘poster boys’ pada pembangunan pesat Dubai.


Hanya Mohamed Al Abbar, manakala Gergawi dan Sulayem tidak kelihatan di majlis perasmian Burj Khalifa.

Ironis sekali apabila Burj Khalifa menjadi ikon kemegahan turut juga membawa simbol saling bercanggahan. Ketinggian Burj Khalifa membawa ekonomi Dubai rebah ke bumi. Apakah Burj Khalifa membawa petanda Dubai akan mengalami kejatuhan dan Abu Dhabi akan mengambil alih sepenuhnya peranan Dubai sebelum ini.


Begitulah kenyataanya, aspirasi Sheikh Mohamed al Maktoum untuk membawa Dubai terus ke mercu kejayaan sebagai pusat kewangan dunia memerlukan perancangan semula yang seperti bertukarnya nama Burj Dubai, memastikan Abu Dhabi bukan sahaja sebagai rakan tetapi bos!

:: Dia Pernah Mencintai Kita ::

on Saturday, March 6, 2010

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.


Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.


Persoalan. Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?
“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.
Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.


Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.


SENYUMAN PERPISAHAN
Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.
Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.

Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.


Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…
Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.


Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya.
Kita....


SEBUAH PERTANYAAN CINTA
Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….


“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Fikirkanlah..dan Bersyukurlah

on Wednesday, March 3, 2010

judul di atas merujuk kepada nikmat Allah swt yang tidak terhingga banyaknya kepada anda. jika anda merasakan nikmat tersebut selalu menyertai dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, maka anda akan sedar bahawa nikmat Allah swt yang ada pada diri anda banyaknya tidak terhitung.


"dan jika kamu menghitung nikmat Allah tidaklah dapat kamu menghitungnya". (Ibrahim : 34)


kesihatan badan, keamanan suasana, kehidupan sekeliling, makanan, pakaian, udara dan sebagainya, semua itu adlaah kurniaan nikmat daripada Allah swt kepada kita. anda tidak menyedari bahawa sebenarnya dunia berada di tangan anda. begitu juga anda tidak sedar bahawa kehidupan ada dalam genggaman anda.


"dan Dia menyempurnakan untukmu nikmatNya lahir dan batin". (Lukman : 20)


anda memiliki dua mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki, serta masih banyak lagi nikmat Allah swt yang anda peroleh. itu perkara nikmat pancaindera yang Allah swt kurniakan untuk memudahkan kita merandai hidup di dunia ini. semua itu adalah nikmat yang tidak boleh sama sekali kita nafikan.


"maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Al-Rahman : 13)

apakah anda mengira bahawa berjalan merupakan hal yang mudah apabila kaki anda telah dilumpuhkan? atau bertumpu pada lutut jika lutut anda telah dilumpuhkan?


apakah anda fikir anda boleh tidur dengan nyenyak jika rasa sakit memamah segenap tubuh anda? mungkin sekarang anda boleh mengisi perut dengan makanan yang lazat dan meminum air yang segar. tapi di luar sana masih ramai orang yang tidak dapat makan dan minum. mereka tidak boleh tidur nyenyak lantaran sakit dan penderitaan hidup yang melanda.


justeru, renungkanlah nikmat yang telah dianugerahkan Allah swt kepada anda. pendengaran yang sihat, penglihatan yang normal dan terhindar daripada kecacatan. renungkanlah nikmat kulit yang anda rasakan ketika terbebas daripada penyakit kusta. begitu juga nikmat akal yang waras yang telah dikurniakan Allah swt dan dan anda terbebas daripada penyakit gila.


apakah anda mahu jika sebelah mata anda diganti dengan emas sebesar gunung Uhud? apakah anda sanggup mengganti telinga anda dengan segunung perak? apakah anda sanggup jika lidah anda diganti dengan istana megah dan kemudian anda tinggal di dalamnya tanpa boleh berbicara?


apakah anda mahu jika salah satu tangan anda dipotong dan sebagai imbalannya adalah intan permata? sungguh anda telah diberikan nikmat yang begitu besar dalam keadaan tubuh yang begitu sempurna. apa yang anda miliki merupakan tanda-tanda betapa anugerah nikmat yang begitu besar telah Allah swt kurniakan. tapi hanya saja anda tidak menyedari nikmat tersebut. anda hidup dengan penuh kesedihan, kegundahan dan kegelisahan.


bukankah roti panas selalu ada ketika anda merasa lapar ; atau air sejuk yang segar sentiasa tersedia ketika kerongkong anda terasa kering kehausan ; atau tidur yang nyenyak boleh anda nikmati ketika tubuh terasa amat penat ; atau ketenteraman dan kesejahteraan sentiasa mengisi ruang kehidupan anda. anda selalu memikirkan apa yang tidak anda miliki hingga anda tidak pernah atau lupa untuk mensyukuri apa yang ada pada anda. anda memiliki kunci kebahagiaan, taman-taman kebaikan, kenikmatan dan pelbagai kebahagiaan yang anda rasakan. fikirkanlah dan sedarilah tentang semua itu agar anda boleh menjadi seorang yang sentiasa bersyukur.


"dan pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memerhati?" (Al-Dzariyat : 21)


fikirkah diri anda, keluarga, rumah tangga, pekerjaan, kesihatan, sahabat serta kehidupan yang ada di sekeliling anda.


"mereka mengetahui nikmat Allah swt, kemudian mereka mengingkarinya". (Al-Nahl : 83)


Rasulullah saw bersabda, mafhumnya :
"sesiapa yang bangun dari tempat tidurnya dalam keadaan tenang, tubuhnya sihat dan kuat serta memiliki kekuatan untuk melakukan aktiviti kehidupan dalam hari itu, maka dia telah menggenggam kehidupan dunia". (riwayat Al-Turmuzi)


Rasulullah saw juga ada bersabda :
"redalah dengan keputusan Allah maka anda akan menjadi orang yang paling kaya". (riwayat Al-Turmuzi)




**dipetik daripada buku Supaya Gelisah Menjadi Ibadah karya Dr. Ibrahim Fiqhy, terbitan Kemilau Publika Sdn. Bhd, 2009 : m/s 34.

Ummati...Ummati !!

on Wednesday, February 24, 2010

salam untuk semua...

sempena Maulid Al-Rasul juga, ingin berkongsi kisah pada saat wafatnya baginda, mungkin kisahnya sudah dibaca oleh anda semua,walaupun ada beberapa pendapat mengenai kisah ini, terutamanya mengenai sebutan "ummati..ummati" semasa ajal Nabi saw makin hampir..saya sekadar mengambil yang positif daripada kisah ini dan tidak pernah jemu untuk membacanya berulangkali..air mata pun tak pernah gagal untuk menitis bila mengenangkan kisah ini..ambillah panduan ya..

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
"Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum"
(maksud :"peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.")


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Makam Rasulullah SAW

Salam Maulid al-Rasul Untuk Semua!!

alhamdulillah, hari ni sempat mengikuti sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di MASAA (Maahad Sains Al-Quran A-Amin) di bandar Sunway, sekolah yang merupakan 'abang' kepada pelajar2 tahfiz di Shah Alam ni. dalam lebih kurang 930 pagi, dapat sms daripada puan pengetua, yang meminta agar dibawa pelajar2 di sini untuk sama-sama ikuti sambutan maulid di sana..jadi kami bertolak dalam lebih kurang jam 10 pagi dari sini, sampai di sana lebih kurang jam 1030 pagi..khabarnya majlis bermula seawal jam 8 lagi, tetapi oleh kerana puan pengetua tak mahu kelas tahfiz di sini diskipkan, kami hanya dapat bertolak selepas sahaja kelas tahfiz berakhir, dan kelas bahasa arab & kafa yang menjadi mangsa..kelas aku le tu (mangsa kunun..padahal suka dapat pegi,ehe).

lebih kurang jam 11, persembahan bermula selepas sesi rehat berakhir. Kumpulan Generasi Harapan yang kebanyakannya adalah anggota kumpulan Qatrunnada, Diwani dan beberapa kumpulan nasyid yang lain bergabung menjayakan majlis pada hari ini dengan persembahan nasyid, bacaan sajak dan sketsa. persembahan yang paling mengesankan bagi saya adalah sketsa yang memaparkan kisah orang buta yang sentiasa dijaga dengan baik oleh baginda semasa hayatnya, sedangkan dia (orang buta) sentiasa mengatakan perkara yang tidak elok, malah mencaci Rasulullah saw, tanpa menyedari bahawa yang sentiasa menyuapkan makan minumnya selama ini adalah Rasulullah saw sendiri, begitu mulianya pekerti dan akhlak Rasulullah saw..bila orang lain yang menyuapkan makannya selepas itu, baru dia menyedari bahawa yang selama ini baik dan lemah lembut kepadanya, adalah Rasulullah saw..sehinggalah saat Rasulullah saw wafat,dia masih tak mengenali baginda.

di bawah ini adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa majlis berlangsung, maaf andai kualiti gambar kurang elok, gambar diambil daripada handset burukku,ehe..

di akhir persembahan

antara staf akademik yang hadir
persembahan


akhir kata, sempena cuti maulid al-rasul esok..janganlah sekadar bercuti sahaja, hayatilah perjuangan Rasulullah saw, budi pekertinya, akhlaknya, susah payah dan getir baginda menyebarkan Islam..sehingga nikmat itu dapat dinikmati oleh kita semua pada hari ini. hayati sejarah hidupnya, jadikan ia sebagai panduan dan manual kehidupan yang sentiasa di sisi kita setiap masa.

sayangi Rasulullah saw! salam Maulid al-Rasul daripada saya :)

Rehlah Sehari Semalam ke Gunung Ledang

on Friday, February 19, 2010

salam untuk semua..

kali ni takde apa sangat nak cerita kecuali pada hari isnin baru ni, kami yang tak balik bercuti CNY dijemput oleh Ust Muhammad Abdullah Al-Amin, yang merupakan pengetua Maahad Sains Al-Quran Al-Amin..dan pendakwah bebas yang terkenal untuk bersama-sama ke Gunung Ledang..bukan nak mendaki gunung pun sebenarnya, sekadar nak ber'camping' dan mengisi masa cuti kami di sini.. perjalanan yang diatur pada pagi isnin lepas, pada rancangan awalnya kalau berdasarkan pada makluman, kami akan sampai di sana sebelum asar untuk dan terus memasang khemah untuk bermalam.

tapi betullah bila Allah dah pesan, kadang-kadang yang kita merancang semestinya bukan terbaik untuk kita..dan Allah boleh juga aturkan benda yang kita tak suka tu lebih baik daripada yang kita sangka :) surah al-baqarah, ayat 216 :

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

kami bermalam di rumah ustaz Muhammad di putra heights pada malam isnin, dan paginya kami bersarapan bersama2 beliau..dan dalam jam 11 kami bertolak ke melaka..bermulalah episod dan peristiwa yang macam2.. :)

kami bergerak dengan 3 buah kenderaan, ustaz Muhammad dengan Naza Ria bersama keluarga dan beberapa pelajar, saya dengan Perdana yang juga kepunyaan ustaz Muhammad, dan sebiji lagi Wira yang dipandu oleh ust Afdhal..di hiway PLUS kami semua terpisah agak jauh..bila lepas aje exit Pedas/Linggi saya mendapat call daripada ustaz Muhammad :
"ustaz...tolong patah balik, kereta ust Afdhal rosak la..air kering.."

aduss...cmana la nak berpatah balik bila duk atas hiway ni..terpaksa cari exit terdekat lebih kurang 30km lagi..masuk exit Simpang Ampat..baru aje nak pusing..try contact ust Afdhal..
"ustaz..takpe kot, takyah datang..ni peronda PLUS dah datang tolong, diorang try isi air dulu..nnt kami keluar ke R&R mana2 untuk tambah air kat tangki ni...."
saya pun terus jawab akan tunggu di Simpang Ampat..
tunggu punya tunggu..tunggu punya tunggu..(ayat cerita p.ramlee,ehe..)
last2 dapat call..
"ustaz..kami tersadai tepi jalan ni..dekat nak masuk simpang ampat dah ni..kereta tak idup langsung.."
uhu..takleh nak buat apa la tu..tanya dia balik.."pastu cmana ust..?"
"nanti kami tengok cmana..saya dah call PLUS tadi..dia akan bawak towing car kalau sempat.."
alkisahnya..hehe..tapi memang ari tu banyak sungguh kereta tersadai tepi jalan..mentang-mentang la tgh cuti CNY..semua nak ke mana pun tak tau..(dah mula nk merungut sorang-sorang... :p)

abg-abg PLUS yang sangat membantu :)

alkisahnya lagi, kereta tu terpaksa dibaiki di bengkel seorang pemilik berbangsa India, John namanya...info dan jumlah kerosakan mungkin dalam rm300 lebih katanya, itupun kalau diassumekan kerosakan yang hanya datang dari gasket enjin akibat tangki air yang sangat kering..kereta wira tersebut terpaksa kami tinggalkan, kerena keesokan harinya baru dijangka siap..
sementara ustaz Muhammad menghantar keluarganya di Kandang (satu area di Melaka juga) kami menunggu kedatangannya di pusat hentian PLUS..ada yang sempat berposing, ada yang berehat bawah pokok yang ada..nasibbbb.. :)

dalam jam 3 kami singgah di rumah keluarga ustaz Muhammad, solat jamak zuhur dan asar di sana..kemudian terus bertolak ke hutan lipur gunung ledang..hampir sejam juga perjalanan ke sana..melalui pekan jasin di melaka, dan tangkak di johor..kami tiba agak lewat..kerana kebanyakan pengunjung sudah makin surut..kerana jam sudah 6 ptg..nasib kami baik kerana masih dibenarkan masuk..dan selepas berbincang dengan pihak pengurusan..kami dibenarkan untuk memasang khemah di kawasan yang disediakan. :)

sukanya dia...hehe

selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di surau yang disediakan, kami keluar untuk makan malam, dan selepas kembali ke tempat perkhemahan..semua diberi kebebasan, ada yang mandi dan melayan air terjun, ada yang melayan bergambar..ada juga yang melayan tidur (saya la tu..ehe)

pagi esoknya, bangun dalam keadaan yang tersangat malas..sebab malamnya tidur cuaca sgt panas..berpeluh dalam khemah..huhu..mungkin sbb satu khemah dikongsi sehingga 7 orang..mungkin la kot, atau mmg cuaca malam tu yang agak panas dan hangat..selepas solat subuh, acara bebas sekali lagi diberikan kepada semua (seronok la bebudak tu). saya terpaksa sekadar mandi di bilik air yang disediakan.. tak jangka pulak tempat tu agak 'layan' untuk main air..ada setingkat lagi kat atas..yang dipanggil kolam tuan puteri, tapi sebab takut penat dan letih untuk drive pulang nanti, saya batalkan sahaja niat tersebut.. :)

antara yang keluarga yang ada di kawasan air terjun

dalam jam 11 pagi lebih kurang..kami mula berkemas, membuka khemah dan bersiap untuk pulang. segalanya bermula dengan baik..adik2 pelajar MASAA (maahad sains alquran) pun nampak sudah keletihan, mula terbayang yang saya akan menjadi pemandu tunggal yang tidak akan memejamkan mata dalam perjalanan balik nanti..hehe. malang (betul kot istilah tu) lagi bila kereta naza pula yang meragam, sempat bergerak sebentar sebelum langsung tak hidup walau dicuba berkali-kali. mujur ramai yang baik hati, dan berjaya meminjam jumper dari seorang abg yang membawa jip 4wd berlambangkan rtm.


kami bergerak dalam 10 minit, kereta naza sekali lagi meragam. setelah diperiksa, ustaz Muhammad membuat keputusan untuk membeli bateri baru. setelah ditukar, alhamdulillah kereta dapat dihidupkan. tak sampai setengah jam..sekali lagi naza mati di tengah jalan, cuak juga lah..enjinnya mati di selekoh pula tu..hehe..mujur tak ada apa-apa yang berlaku. kereta ditarik ke bengkel yang berdekatan dengan rumah keluarga ustaz Muhammad, dan dijangka alternatornya yang rosak, dan akan siap dibaiki keesokannya. waduh!

kami selamat tiba di puchong dalam jam 8 malam, sempat singgah solat di rumah ustaz Muhammad di putra heights, dan terus menuju ke asrama. alhamdulillah!

orang kuat MASAA

sehingga ketemu lagi!