Fikirkanlah..dan Bersyukurlah

on Wednesday, March 3, 2010

judul di atas merujuk kepada nikmat Allah swt yang tidak terhingga banyaknya kepada anda. jika anda merasakan nikmat tersebut selalu menyertai dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, maka anda akan sedar bahawa nikmat Allah swt yang ada pada diri anda banyaknya tidak terhitung.


"dan jika kamu menghitung nikmat Allah tidaklah dapat kamu menghitungnya". (Ibrahim : 34)


kesihatan badan, keamanan suasana, kehidupan sekeliling, makanan, pakaian, udara dan sebagainya, semua itu adlaah kurniaan nikmat daripada Allah swt kepada kita. anda tidak menyedari bahawa sebenarnya dunia berada di tangan anda. begitu juga anda tidak sedar bahawa kehidupan ada dalam genggaman anda.


"dan Dia menyempurnakan untukmu nikmatNya lahir dan batin". (Lukman : 20)


anda memiliki dua mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki, serta masih banyak lagi nikmat Allah swt yang anda peroleh. itu perkara nikmat pancaindera yang Allah swt kurniakan untuk memudahkan kita merandai hidup di dunia ini. semua itu adalah nikmat yang tidak boleh sama sekali kita nafikan.


"maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Al-Rahman : 13)

apakah anda mengira bahawa berjalan merupakan hal yang mudah apabila kaki anda telah dilumpuhkan? atau bertumpu pada lutut jika lutut anda telah dilumpuhkan?


apakah anda fikir anda boleh tidur dengan nyenyak jika rasa sakit memamah segenap tubuh anda? mungkin sekarang anda boleh mengisi perut dengan makanan yang lazat dan meminum air yang segar. tapi di luar sana masih ramai orang yang tidak dapat makan dan minum. mereka tidak boleh tidur nyenyak lantaran sakit dan penderitaan hidup yang melanda.


justeru, renungkanlah nikmat yang telah dianugerahkan Allah swt kepada anda. pendengaran yang sihat, penglihatan yang normal dan terhindar daripada kecacatan. renungkanlah nikmat kulit yang anda rasakan ketika terbebas daripada penyakit kusta. begitu juga nikmat akal yang waras yang telah dikurniakan Allah swt dan dan anda terbebas daripada penyakit gila.


apakah anda mahu jika sebelah mata anda diganti dengan emas sebesar gunung Uhud? apakah anda sanggup mengganti telinga anda dengan segunung perak? apakah anda sanggup jika lidah anda diganti dengan istana megah dan kemudian anda tinggal di dalamnya tanpa boleh berbicara?


apakah anda mahu jika salah satu tangan anda dipotong dan sebagai imbalannya adalah intan permata? sungguh anda telah diberikan nikmat yang begitu besar dalam keadaan tubuh yang begitu sempurna. apa yang anda miliki merupakan tanda-tanda betapa anugerah nikmat yang begitu besar telah Allah swt kurniakan. tapi hanya saja anda tidak menyedari nikmat tersebut. anda hidup dengan penuh kesedihan, kegundahan dan kegelisahan.


bukankah roti panas selalu ada ketika anda merasa lapar ; atau air sejuk yang segar sentiasa tersedia ketika kerongkong anda terasa kering kehausan ; atau tidur yang nyenyak boleh anda nikmati ketika tubuh terasa amat penat ; atau ketenteraman dan kesejahteraan sentiasa mengisi ruang kehidupan anda. anda selalu memikirkan apa yang tidak anda miliki hingga anda tidak pernah atau lupa untuk mensyukuri apa yang ada pada anda. anda memiliki kunci kebahagiaan, taman-taman kebaikan, kenikmatan dan pelbagai kebahagiaan yang anda rasakan. fikirkanlah dan sedarilah tentang semua itu agar anda boleh menjadi seorang yang sentiasa bersyukur.


"dan pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memerhati?" (Al-Dzariyat : 21)


fikirkah diri anda, keluarga, rumah tangga, pekerjaan, kesihatan, sahabat serta kehidupan yang ada di sekeliling anda.


"mereka mengetahui nikmat Allah swt, kemudian mereka mengingkarinya". (Al-Nahl : 83)


Rasulullah saw bersabda, mafhumnya :
"sesiapa yang bangun dari tempat tidurnya dalam keadaan tenang, tubuhnya sihat dan kuat serta memiliki kekuatan untuk melakukan aktiviti kehidupan dalam hari itu, maka dia telah menggenggam kehidupan dunia". (riwayat Al-Turmuzi)


Rasulullah saw juga ada bersabda :
"redalah dengan keputusan Allah maka anda akan menjadi orang yang paling kaya". (riwayat Al-Turmuzi)




**dipetik daripada buku Supaya Gelisah Menjadi Ibadah karya Dr. Ibrahim Fiqhy, terbitan Kemilau Publika Sdn. Bhd, 2009 : m/s 34.

0 Reaksi Hati:

Post a Comment

Anda Bagaimana?