Bila Burj Dubai Bertukar Menjadi Burj Khalifa

on Monday, March 8, 2010

Bila Burj Dubai Bertukar Menjadi Burj Khalifa.

Oleh : Fudzail, Dubai, UAE

Biodata : Fudzail adalah ekspatriat Malaysia yang bermastautin di UAE sejak tahun 2000 dan terlibat secara langsung dalam pelbagai projek mega seperti Dubai Internet City, Dubai Media City, Palm Jumeirah, Palm Jebel Ali, International City, Discovery Gardens, Dubailand.

Tanggal 4 Januari 2010 menjadi sejarah unggul emiriah Dubai apabila struktur tertinggi planet bumi dirasmikan sempena ulangtahun ke empat penobatan Sheikh Mohammad Al Maktoum sebagai Emir Dubai. Dalam kemelut hutang yang mencecah Dhs80 bilion, menara setinggi 828 meter ini diharapkan dapat memulihkan nasib dan reputasi emiriah kedua terbesar dalam persekutuan UAE.


Satu generasi sebelum ini, Dubai hanyalah sebuah kampung nelayan yang sunyi. Kemudian bangkit sebagai pusat kewangan dan bisnes Timur Tengah yang menempa kejayaan demi kejayaan, terutama dibawah kepimpinan Sheikh Mohamed Al Maktoum sejak menjadi Putera Mahkota lagi.


Sebelum itu, visi ayahanda beliau, Sheikh Rashid Al Maktoum dengan pembinaan prasana seperti pelabuhan, lapangan terbang, creek, zon dagangan bebas dan polisi ramah bisnes menjadi asas pada kemakmuran Dubai yang tidak mempunyai sumber minyak yang banyak seperti Abu Dhabi.


Setelah lima tahun dalam pembinaan dan dikenali sebagai Burj Dubai, malam perasmian memberi kejutan apabila menara itu kini dikenali sebagai Burj Khalifa, mengambil sempena nama Presiden UAE, Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan. Keseluruhan kos pembangunan projek Burj Khalifa seluas 500 ekar adalah Dhs20 bilion. Kos strukturnya sahaja dalam USD1.5 bilion.


Burj Dubai dianggap kemuncak pembangunan pesat Dubai sedekad lalu walau krisis ekonomi akhir tahun 2008 membantutkan banyak pembinaan hartanah dan hiburan mega lain seperti Dubailand, Palm Jebel Ali dan Jumeirah Gardens. Pernah Sheikh Mohamed Al Maktoum mengatakan yang apa yang dilihat hanyalah 10% dari visi beliau!


Disebalik tanggungan hutang yang membebankan, upacara perasmian Burj Khalifa dibuat dengan penuh gemilang dimana 10,000 bunga api, pancuran air dan pancaran laser mencerahkan langit dengan persembahan yang menakjubkan. Penghuni Dubai bersesak untuk menyaksikan perasmian dan terlupa seketika mengenai krisis serta cabaran lebih besar tahun 2010. Meninggalkan pelbagai peristiwa tahun 2009 yang memberikan gambaran sebenar disebalik kilaun pembangunan rancak Dubai sepanjang dekad lalu.


Perasmian sktruktur se gah Burj Khalifa tanpa kehadiran Presiden yang namanya diabadikan membawa pelbagai spekulasi. Abu Dhabi baru-baru ini mem'bail-out' Dubai saat-saat akhir dengan pinjaman USD10 bilion untuk membantu membayar hutang anak-anak syarikat kerajaan Dubai seperti Nakheel dan Dubai Holdings.


Menurut lapuran media barat, pinjaman itu tentunya datang dengan syarat-syarat tertentu. Pelbagai andaian timbul kerana dua emiriah besar dan berpengaruh dalam UAE ini sering kelihatan saling bersaing dan berselisihan. Sheikh Mohamed Al Maktoum beberapa kali menafikan timbulnya krisis antara mereka dan menyatakan berulang-kali yang keduanya adalah adik beradik. Sesuatu yang tidak kedengaran dari pihak Abu Dhabi.


Dikatakan antara tawar-menawar untuk membantu Dubai melunaskan tanggungan hutang ialah beberapa aset penting dan strategik Dubai mestilah dibawah kawalan Abu Dhabi. Selain beberapa kuasa eksekutif bertukar tangan. Semua andaian dan spekulasi ini menjadi sebahagian dari perbualan awam di mana-mana.


Abu Dhabi adalah emiriah terkaya dengan simpanan hasil minyak antara yang terbesar di dunia dan simpanan dana yang amat besar, dikatakan USD700 trilion. Menjadi tunggak UAE di mana ibukota UAE adalah Abu Dhabi. Dubai mempunyai kuasa eksekutif sebagai Naib Presiden dan Perdana Menteri. Pengagihan kuasa antara Abu Dhabi dan Dubai adalah termaktub dalam perlembagaan dan emiriah lain tidak mempunyai kuasa untuk mengubah apa-apa.


Abu Dhabi lebih bersifat sederhana dalam banyak perkara, manakala Dubai memang agresif. Tidak heran ramai yang lebih kenal Dubai dari Abu Dhabi mahupun UAE sendiri. Ini kerana imej hebat Penerbangan Emirates dan Pelabuhan Dubai yang mempunyai rangkaian pelabuhan sedunia, selain kota Dubai yang bersih, aman dan glamor.


Sememangnya pembinaan Burj Khalifa adalah terlalu besar untuk tergendala kerana maruah Dubai akan lebih terjejas teruk. Tahun lepas ada pengumuman sebuah lagi menara yang mahu dibina setinggi 1 km oleh Nakheel. Projek itu terbantut sebaik krisis ekonomi menelanjangkan keadaan kewangan Dubai. Kalau tidak, Dubai akan mempunyai dua menara tertinggi dunia, sesuatu yang membazir dan tidak diperlukan sama sekali.


Dengan perasmian struktur tertinggi dunia yang mempunyai 160 tingkat berpenghuni, 57 lif terpantas akan serentak memberi cabaran lebih besar untuk memenuhi 160 unit bilik mewah hotel dan 1,044 buah unit apartmen apabila sektor hartanah Dubai masih teruk merudum. Banyak projek tergendala dan lebih banyak bangunan kosong di mana-mana.


Ramai ekspatriat Dubai yang kehilangan kerja dan banyak kereta ditinggalkan di lapangan terbang kerana mereka pulang tanpa mahu membayar hutang. Dikatakan penduduk Dubai berkurangan dalam tahun 2009 walau kesesakan jalanraya masih belum berkurang.


Harga sewa rumah dan apartmen yang pernah menjadi isu besar sebelum krisis ekonomi kini kembali ke harga sebelum krisis. Malah di mana-mana banyak kelihatan iklan 'rumah untuk di sewa.' Tuan rumah yang selama ini tamak dan sombong kini terpaksa menurunkan harga sewa dari kehilangan penyewa yang mempunyai banyak pilihan.


Syarikat pemaju Burj Khalifa, Emaar telah menjual sebahagian besar unit apartmen dalam masa 2 hari dalam tahun 2004 ketika hartanah melonjak ke taraf luar biasa. Sewaktu kemuncaknya dalam tahun 2008, satu kaki persegi bernilai RM10,000.


Seperti nilai hartanah lain di Dubai yang jatuh 50%, harga sekaki persegi di Burj Khalifa dijangka akan terus menjunam 30% lagi.

Cabaran sebegini akan menjadi ujian besar untuk memulihkan kepercayaan kepada Dubai oleh para pelabur yang sudah ramai kerugian. Malah perbankan dan kewangan dunia juga akan sama memerhati sejauh mana Burj Khalifa akan dapat memulihkan kedudukan Dubai.


Sheikh Mohamed turut mengheret ramai eksekutif anak-anak syarikat kerajaan Dubai ke mahkamah atas tuduhan korupsi. Antara mereka ialah tokoh-tokoh dan pemimpin korporat yang sebelum ini berprofil tinggi.


Lebih mengejutkan dalam satu perstrukturan semula apabila antara yang disingkirkan dari kerusi lembaga pengarah Dubai Investment Corporation yang menjadi tunjang pelaburan Dubai (seperti Khazanah) ialah Mohamed Gergawi (pengerusi Dubai Holding dan menteri), Mohamed Al Abbar (pengerusi Emaar) dan Sultan Sulayem (pengerusi Dubai World) yang sebelum ini menjadi ‘poster boys’ pada pembangunan pesat Dubai.


Hanya Mohamed Al Abbar, manakala Gergawi dan Sulayem tidak kelihatan di majlis perasmian Burj Khalifa.

Ironis sekali apabila Burj Khalifa menjadi ikon kemegahan turut juga membawa simbol saling bercanggahan. Ketinggian Burj Khalifa membawa ekonomi Dubai rebah ke bumi. Apakah Burj Khalifa membawa petanda Dubai akan mengalami kejatuhan dan Abu Dhabi akan mengambil alih sepenuhnya peranan Dubai sebelum ini.


Begitulah kenyataanya, aspirasi Sheikh Mohamed al Maktoum untuk membawa Dubai terus ke mercu kejayaan sebagai pusat kewangan dunia memerlukan perancangan semula yang seperti bertukarnya nama Burj Dubai, memastikan Abu Dhabi bukan sahaja sebagai rakan tetapi bos!

:: Dia Pernah Mencintai Kita ::

on Saturday, March 6, 2010

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.


Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.


Persoalan. Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?
“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.
Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.


Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.


SENYUMAN PERPISAHAN
Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.
Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.

Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.


Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…
Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.


Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya.
Kita....


SEBUAH PERTANYAAN CINTA
Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….


“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Fikirkanlah..dan Bersyukurlah

on Wednesday, March 3, 2010

judul di atas merujuk kepada nikmat Allah swt yang tidak terhingga banyaknya kepada anda. jika anda merasakan nikmat tersebut selalu menyertai dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, maka anda akan sedar bahawa nikmat Allah swt yang ada pada diri anda banyaknya tidak terhitung.


"dan jika kamu menghitung nikmat Allah tidaklah dapat kamu menghitungnya". (Ibrahim : 34)


kesihatan badan, keamanan suasana, kehidupan sekeliling, makanan, pakaian, udara dan sebagainya, semua itu adlaah kurniaan nikmat daripada Allah swt kepada kita. anda tidak menyedari bahawa sebenarnya dunia berada di tangan anda. begitu juga anda tidak sedar bahawa kehidupan ada dalam genggaman anda.


"dan Dia menyempurnakan untukmu nikmatNya lahir dan batin". (Lukman : 20)


anda memiliki dua mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki, serta masih banyak lagi nikmat Allah swt yang anda peroleh. itu perkara nikmat pancaindera yang Allah swt kurniakan untuk memudahkan kita merandai hidup di dunia ini. semua itu adalah nikmat yang tidak boleh sama sekali kita nafikan.


"maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Al-Rahman : 13)

apakah anda mengira bahawa berjalan merupakan hal yang mudah apabila kaki anda telah dilumpuhkan? atau bertumpu pada lutut jika lutut anda telah dilumpuhkan?


apakah anda fikir anda boleh tidur dengan nyenyak jika rasa sakit memamah segenap tubuh anda? mungkin sekarang anda boleh mengisi perut dengan makanan yang lazat dan meminum air yang segar. tapi di luar sana masih ramai orang yang tidak dapat makan dan minum. mereka tidak boleh tidur nyenyak lantaran sakit dan penderitaan hidup yang melanda.


justeru, renungkanlah nikmat yang telah dianugerahkan Allah swt kepada anda. pendengaran yang sihat, penglihatan yang normal dan terhindar daripada kecacatan. renungkanlah nikmat kulit yang anda rasakan ketika terbebas daripada penyakit kusta. begitu juga nikmat akal yang waras yang telah dikurniakan Allah swt dan dan anda terbebas daripada penyakit gila.


apakah anda mahu jika sebelah mata anda diganti dengan emas sebesar gunung Uhud? apakah anda sanggup mengganti telinga anda dengan segunung perak? apakah anda sanggup jika lidah anda diganti dengan istana megah dan kemudian anda tinggal di dalamnya tanpa boleh berbicara?


apakah anda mahu jika salah satu tangan anda dipotong dan sebagai imbalannya adalah intan permata? sungguh anda telah diberikan nikmat yang begitu besar dalam keadaan tubuh yang begitu sempurna. apa yang anda miliki merupakan tanda-tanda betapa anugerah nikmat yang begitu besar telah Allah swt kurniakan. tapi hanya saja anda tidak menyedari nikmat tersebut. anda hidup dengan penuh kesedihan, kegundahan dan kegelisahan.


bukankah roti panas selalu ada ketika anda merasa lapar ; atau air sejuk yang segar sentiasa tersedia ketika kerongkong anda terasa kering kehausan ; atau tidur yang nyenyak boleh anda nikmati ketika tubuh terasa amat penat ; atau ketenteraman dan kesejahteraan sentiasa mengisi ruang kehidupan anda. anda selalu memikirkan apa yang tidak anda miliki hingga anda tidak pernah atau lupa untuk mensyukuri apa yang ada pada anda. anda memiliki kunci kebahagiaan, taman-taman kebaikan, kenikmatan dan pelbagai kebahagiaan yang anda rasakan. fikirkanlah dan sedarilah tentang semua itu agar anda boleh menjadi seorang yang sentiasa bersyukur.


"dan pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memerhati?" (Al-Dzariyat : 21)


fikirkah diri anda, keluarga, rumah tangga, pekerjaan, kesihatan, sahabat serta kehidupan yang ada di sekeliling anda.


"mereka mengetahui nikmat Allah swt, kemudian mereka mengingkarinya". (Al-Nahl : 83)


Rasulullah saw bersabda, mafhumnya :
"sesiapa yang bangun dari tempat tidurnya dalam keadaan tenang, tubuhnya sihat dan kuat serta memiliki kekuatan untuk melakukan aktiviti kehidupan dalam hari itu, maka dia telah menggenggam kehidupan dunia". (riwayat Al-Turmuzi)


Rasulullah saw juga ada bersabda :
"redalah dengan keputusan Allah maka anda akan menjadi orang yang paling kaya". (riwayat Al-Turmuzi)




**dipetik daripada buku Supaya Gelisah Menjadi Ibadah karya Dr. Ibrahim Fiqhy, terbitan Kemilau Publika Sdn. Bhd, 2009 : m/s 34.

Ummati...Ummati !!

on Wednesday, February 24, 2010

salam untuk semua...

sempena Maulid Al-Rasul juga, ingin berkongsi kisah pada saat wafatnya baginda, mungkin kisahnya sudah dibaca oleh anda semua,walaupun ada beberapa pendapat mengenai kisah ini, terutamanya mengenai sebutan "ummati..ummati" semasa ajal Nabi saw makin hampir..saya sekadar mengambil yang positif daripada kisah ini dan tidak pernah jemu untuk membacanya berulangkali..air mata pun tak pernah gagal untuk menitis bila mengenangkan kisah ini..ambillah panduan ya..

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
"Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum"
(maksud :"peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.")


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Makam Rasulullah SAW

Salam Maulid al-Rasul Untuk Semua!!

alhamdulillah, hari ni sempat mengikuti sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di MASAA (Maahad Sains Al-Quran A-Amin) di bandar Sunway, sekolah yang merupakan 'abang' kepada pelajar2 tahfiz di Shah Alam ni. dalam lebih kurang 930 pagi, dapat sms daripada puan pengetua, yang meminta agar dibawa pelajar2 di sini untuk sama-sama ikuti sambutan maulid di sana..jadi kami bertolak dalam lebih kurang jam 10 pagi dari sini, sampai di sana lebih kurang jam 1030 pagi..khabarnya majlis bermula seawal jam 8 lagi, tetapi oleh kerana puan pengetua tak mahu kelas tahfiz di sini diskipkan, kami hanya dapat bertolak selepas sahaja kelas tahfiz berakhir, dan kelas bahasa arab & kafa yang menjadi mangsa..kelas aku le tu (mangsa kunun..padahal suka dapat pegi,ehe).

lebih kurang jam 11, persembahan bermula selepas sesi rehat berakhir. Kumpulan Generasi Harapan yang kebanyakannya adalah anggota kumpulan Qatrunnada, Diwani dan beberapa kumpulan nasyid yang lain bergabung menjayakan majlis pada hari ini dengan persembahan nasyid, bacaan sajak dan sketsa. persembahan yang paling mengesankan bagi saya adalah sketsa yang memaparkan kisah orang buta yang sentiasa dijaga dengan baik oleh baginda semasa hayatnya, sedangkan dia (orang buta) sentiasa mengatakan perkara yang tidak elok, malah mencaci Rasulullah saw, tanpa menyedari bahawa yang sentiasa menyuapkan makan minumnya selama ini adalah Rasulullah saw sendiri, begitu mulianya pekerti dan akhlak Rasulullah saw..bila orang lain yang menyuapkan makannya selepas itu, baru dia menyedari bahawa yang selama ini baik dan lemah lembut kepadanya, adalah Rasulullah saw..sehinggalah saat Rasulullah saw wafat,dia masih tak mengenali baginda.

di bawah ini adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa majlis berlangsung, maaf andai kualiti gambar kurang elok, gambar diambil daripada handset burukku,ehe..

di akhir persembahan

antara staf akademik yang hadir
persembahan


akhir kata, sempena cuti maulid al-rasul esok..janganlah sekadar bercuti sahaja, hayatilah perjuangan Rasulullah saw, budi pekertinya, akhlaknya, susah payah dan getir baginda menyebarkan Islam..sehingga nikmat itu dapat dinikmati oleh kita semua pada hari ini. hayati sejarah hidupnya, jadikan ia sebagai panduan dan manual kehidupan yang sentiasa di sisi kita setiap masa.

sayangi Rasulullah saw! salam Maulid al-Rasul daripada saya :)

Rehlah Sehari Semalam ke Gunung Ledang

on Friday, February 19, 2010

salam untuk semua..

kali ni takde apa sangat nak cerita kecuali pada hari isnin baru ni, kami yang tak balik bercuti CNY dijemput oleh Ust Muhammad Abdullah Al-Amin, yang merupakan pengetua Maahad Sains Al-Quran Al-Amin..dan pendakwah bebas yang terkenal untuk bersama-sama ke Gunung Ledang..bukan nak mendaki gunung pun sebenarnya, sekadar nak ber'camping' dan mengisi masa cuti kami di sini.. perjalanan yang diatur pada pagi isnin lepas, pada rancangan awalnya kalau berdasarkan pada makluman, kami akan sampai di sana sebelum asar untuk dan terus memasang khemah untuk bermalam.

tapi betullah bila Allah dah pesan, kadang-kadang yang kita merancang semestinya bukan terbaik untuk kita..dan Allah boleh juga aturkan benda yang kita tak suka tu lebih baik daripada yang kita sangka :) surah al-baqarah, ayat 216 :

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

kami bermalam di rumah ustaz Muhammad di putra heights pada malam isnin, dan paginya kami bersarapan bersama2 beliau..dan dalam jam 11 kami bertolak ke melaka..bermulalah episod dan peristiwa yang macam2.. :)

kami bergerak dengan 3 buah kenderaan, ustaz Muhammad dengan Naza Ria bersama keluarga dan beberapa pelajar, saya dengan Perdana yang juga kepunyaan ustaz Muhammad, dan sebiji lagi Wira yang dipandu oleh ust Afdhal..di hiway PLUS kami semua terpisah agak jauh..bila lepas aje exit Pedas/Linggi saya mendapat call daripada ustaz Muhammad :
"ustaz...tolong patah balik, kereta ust Afdhal rosak la..air kering.."

aduss...cmana la nak berpatah balik bila duk atas hiway ni..terpaksa cari exit terdekat lebih kurang 30km lagi..masuk exit Simpang Ampat..baru aje nak pusing..try contact ust Afdhal..
"ustaz..takpe kot, takyah datang..ni peronda PLUS dah datang tolong, diorang try isi air dulu..nnt kami keluar ke R&R mana2 untuk tambah air kat tangki ni...."
saya pun terus jawab akan tunggu di Simpang Ampat..
tunggu punya tunggu..tunggu punya tunggu..(ayat cerita p.ramlee,ehe..)
last2 dapat call..
"ustaz..kami tersadai tepi jalan ni..dekat nak masuk simpang ampat dah ni..kereta tak idup langsung.."
uhu..takleh nak buat apa la tu..tanya dia balik.."pastu cmana ust..?"
"nanti kami tengok cmana..saya dah call PLUS tadi..dia akan bawak towing car kalau sempat.."
alkisahnya..hehe..tapi memang ari tu banyak sungguh kereta tersadai tepi jalan..mentang-mentang la tgh cuti CNY..semua nak ke mana pun tak tau..(dah mula nk merungut sorang-sorang... :p)

abg-abg PLUS yang sangat membantu :)

alkisahnya lagi, kereta tu terpaksa dibaiki di bengkel seorang pemilik berbangsa India, John namanya...info dan jumlah kerosakan mungkin dalam rm300 lebih katanya, itupun kalau diassumekan kerosakan yang hanya datang dari gasket enjin akibat tangki air yang sangat kering..kereta wira tersebut terpaksa kami tinggalkan, kerena keesokan harinya baru dijangka siap..
sementara ustaz Muhammad menghantar keluarganya di Kandang (satu area di Melaka juga) kami menunggu kedatangannya di pusat hentian PLUS..ada yang sempat berposing, ada yang berehat bawah pokok yang ada..nasibbbb.. :)

dalam jam 3 kami singgah di rumah keluarga ustaz Muhammad, solat jamak zuhur dan asar di sana..kemudian terus bertolak ke hutan lipur gunung ledang..hampir sejam juga perjalanan ke sana..melalui pekan jasin di melaka, dan tangkak di johor..kami tiba agak lewat..kerana kebanyakan pengunjung sudah makin surut..kerana jam sudah 6 ptg..nasib kami baik kerana masih dibenarkan masuk..dan selepas berbincang dengan pihak pengurusan..kami dibenarkan untuk memasang khemah di kawasan yang disediakan. :)

sukanya dia...hehe

selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di surau yang disediakan, kami keluar untuk makan malam, dan selepas kembali ke tempat perkhemahan..semua diberi kebebasan, ada yang mandi dan melayan air terjun, ada yang melayan bergambar..ada juga yang melayan tidur (saya la tu..ehe)

pagi esoknya, bangun dalam keadaan yang tersangat malas..sebab malamnya tidur cuaca sgt panas..berpeluh dalam khemah..huhu..mungkin sbb satu khemah dikongsi sehingga 7 orang..mungkin la kot, atau mmg cuaca malam tu yang agak panas dan hangat..selepas solat subuh, acara bebas sekali lagi diberikan kepada semua (seronok la bebudak tu). saya terpaksa sekadar mandi di bilik air yang disediakan.. tak jangka pulak tempat tu agak 'layan' untuk main air..ada setingkat lagi kat atas..yang dipanggil kolam tuan puteri, tapi sebab takut penat dan letih untuk drive pulang nanti, saya batalkan sahaja niat tersebut.. :)

antara yang keluarga yang ada di kawasan air terjun

dalam jam 11 pagi lebih kurang..kami mula berkemas, membuka khemah dan bersiap untuk pulang. segalanya bermula dengan baik..adik2 pelajar MASAA (maahad sains alquran) pun nampak sudah keletihan, mula terbayang yang saya akan menjadi pemandu tunggal yang tidak akan memejamkan mata dalam perjalanan balik nanti..hehe. malang (betul kot istilah tu) lagi bila kereta naza pula yang meragam, sempat bergerak sebentar sebelum langsung tak hidup walau dicuba berkali-kali. mujur ramai yang baik hati, dan berjaya meminjam jumper dari seorang abg yang membawa jip 4wd berlambangkan rtm.


kami bergerak dalam 10 minit, kereta naza sekali lagi meragam. setelah diperiksa, ustaz Muhammad membuat keputusan untuk membeli bateri baru. setelah ditukar, alhamdulillah kereta dapat dihidupkan. tak sampai setengah jam..sekali lagi naza mati di tengah jalan, cuak juga lah..enjinnya mati di selekoh pula tu..hehe..mujur tak ada apa-apa yang berlaku. kereta ditarik ke bengkel yang berdekatan dengan rumah keluarga ustaz Muhammad, dan dijangka alternatornya yang rosak, dan akan siap dibaiki keesokannya. waduh!

kami selamat tiba di puchong dalam jam 8 malam, sempat singgah solat di rumah ustaz Muhammad di putra heights, dan terus menuju ke asrama. alhamdulillah!

orang kuat MASAA

sehingga ketemu lagi!

:: tiada cerita ::

on Saturday, February 13, 2010

hm...1st day cuti yang agak membosankan..tak tau mata dah brapa kali tido dan terlelap sepanjang hari ni..nak menghabiskan satu hari ni pun rasa mcm terseksa juga sikit2 :) nak tunggu sampai hari selasa nanti..tak tau la cmana..harap-harap ada program esok atau lusa..sekadar duduk, dan terbaring bagi yang dah biasa buat keje sepanjang hari..bukanlah satu pilihan yang agak baik..ya berehat ada kalanya perlu, tapi berehat untuk sepanjang hari tanpa ada apa-apa aktiviti hanya akan mendatangkan rasa bosan dan keboringan..

aduh..tak pasal-pasal membebel dalam blog ni,hehe.. ada kereta pun susah, takde kereta pun agak menyusahkan juga.. :) hati manusia tak akan pernah rasa puas dengan apa yang tiada, lebih teruk lagi yang tak pernah rasa puas dengan apa yang dia ada..banyak beza tu..kadang-kadang kita menilai kebahagiaan dengan material...ada yang menilai kebahagiaan dengan kasih sayang dan perhatian..walaupun hakikat kebahagiaan itu semuanya datang dari hati..penilaian dan definisi kebahagiaan tak akan sama untuk semua orang..fahaman materialisme biasanya mendahului, melebihi peranan yang dimainkan oleh hati dan keinsanan yang ada dalam diri manusia..

bukan saya anti kebendaan, semua itu perlu..kerana ia juga dianggap sebagai kelangsungan untuk kehidupan kita..cuma yang jarang ada pada setiap orang ialah rasa kesederhanaan dalam diri, dalam kehidupan.. memberi prioriti dalam hidup, apa yang mustahak, apa yang perlu, dan apa yang tidak diperlukan..dalam hidup, dalam pekerjaan, dalam pelajaran, dalam apa juga peranan kita di dalam kehidupan, jangan lupa soal prioriti, dan cara kita meletakkan kesederhanaan (al-wasotiyyah) dalam segalanya..

sekadar berkongsi..moga yang baik itu dapat dirasa bersama...boring-boring ni, tangan yang menaip ni pun bole tahan jgk ye..ehe..

salam untuk semua!

Nak Balik ke Taknak Balik?

on Thursday, February 11, 2010

salam untuk semua..

haih..pening memikirkan soal cuti kali ni..antara nak balik ngan taknak balik sama banyak..kalau balik, bole juga intai2 kereta kt KB..mungkin urusan lebih mudah, lebih ramai kawan di sana..dan mudah bertanyakan apa2..nak cari kereta kat kl/lembah klang ni..tak brapa biasa sangat, unless ada otai kereta yang sanggup temankan untuk tengok2 kereta kt sini..

kalau tak balik..tgh mikir lagi apa yang bole buat sepanjang duduk di puchong nanti, cuti sehingga selasa..rabu depan ada majlis maulidur rasul, yang akan disambut secara besar-besaran (katanya begitulah..). kalau ada transport, senang juga nak ke mana2..kalau takat terperap, baik terperap kat umah aje..dapat juga bermesra2 dengan keluarga, nyakat kak long, usik zulfa..haiii...dalam dilema..

apa pun, insyaallah baik-baik aje nanti harapnya..balik atau tak, moga ada kebaikan dan hikmah untuk semuanya..kalau balik, insyaallah dalam petang jam 5@6 baru bertolak, dan harapnya dipermudahkan..kalau tak jadi balik, mungkin boleh diusahakan untuk 'intai' kereta yang berkenan kat sini.. :) sambil tengok2kan keadaan asrama tu yang masih lagi dalam keadaan yang memerlukan pekerja MPSJ buat operasi,hehe..tak tau lah kalau dah balik nanti tiba-tiba aje suasana dah jadi ok..harapnya macam tu la..time nak balik aje, semua dah kelam kabut..helpless, terpaksa juga mereka yang tak balik tolong kemas apa yang patut. sabar aje lah dengan budak2 ni :)

apa pun keadaannya, moga segalanya Allah permudahkan insyaallah, doakan saya di sini.. :)

09022010

on Monday, February 8, 2010

hari ini seperti biasa..bangun awal pagi untuk bersedia ke tempat kerja di shah alam..terlewat sedikit dari biasa, semalam menyiapkan bahan untuk modul KAFA dan bahasa arab sehingga jam 1 pagi..terlepas fadilat berjemaah untuk solat subuh bersama anak-anak al-ijabah..


hari ini mereka yang bersekolah di sunway akan mengadakan latihan untuk pesta sukan yang akan berlangsung pada esok (rabu) dan khamis..jadi, 3 hari persekolahan akan dianggap 'cuti' oleh mereka..cuti dari kelas, cuti dari rutin, dan cuti dari segala homework.. yeayyy! :) hehe..


yang berada di sekolah dan tahfiz di shah alam ni (aku le tu) bekerja seperti biasa..mungkin hari khamis diberikan pengecualian untuk bersama2 mereka yang bersekolah di sunway untuk menyambut temasya sukan sekolah..tak tau la cmana, semuanya bergantung kepada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah..


insyaallah kalau tak ada aral apa2, akan pulang ke kota bharu sama ada khamis atau jumaat ni sempena CNY, tempoh brapa lama tu masih tak dapat dipastikan lagi, akan tanya Kak Anis, pengetua..tapi dia baru sahaja selamat melahirkan anaknya yang keempat semalam..tahniah! moga cahaya mata yang keempat ini akan menambahkan rezeki dan keberkatan buat Kak Anis dan Ustaz Muhammad sekeluarga..insyaallah..rindu dengan kaklong dan zulfa yang dah dekat 2 bulan tak berjumpa..siap la dorang nnt kena nyakat ngan pokyin..hehe..


okeh, nak sambung siapkan modul bahasa arab dan jqaf..hari ni belajar pasal keistimewaan alquran dan sejarah ringkas pengumpulan alquran di zaman khalifah Uthman r.a, yang lebih dikenali dengan nama Rasam Uthmani..bahasa arab mcm biasa, lebih kepada mufradat (vocab), perbualan, dan asas nahu (grammar)..

moga berjumpa lagi!!

2 Hari Berprogram Bersama Anak-Anak al-Ijabah

on Sunday, February 7, 2010

Pada 6-7 Februari baru-baru ni..Persatuan GPMS Kampus UiTM Shah Alam telah melancarkan program MAYS (Masih Ada Yang Sayang) III. Program yang ini melibatkan anak-anak Yayasan Al-Ijabah (sekolah menengah sahaja) selama dua hari, bermula hari Sabtu yang melibatkan lawatan ke Muzium Negara, dan berakhir dengan makan malam di asrama anak-anak ini di Puchong.


Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan di bawah seliaan fasilitator masing-masing, dan kami sekadar mengiring dan memantau program tersebut.


Esoknya program mereka berlegar di sekitar UiTM Shah Alam, dengan beberapa pengisian LDK, sesi taaruf dan beberapa permainan yang dikendalikan oleh para fasi. Sekali lagi, kami hanya sekadar memerhati, sambil menyediakan persediaan mereka untuk ke program Maulid di PJ pula pada petang harinya.


Majlis diakhiri lebih kurang jam 5 petang, dan di bawah adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakam semasa majlis tersebut berlangsung :-)


mendengar taklimat awal


tiba di muzium

pusing-pusing

nak posing jgk :p

sini pun boleh jugak

LDK

banner MAYS

gelagat yang tak pernah abis :p

Didikan Allah Untuk Bakal Manusia Hebat!!

Macam mana ya ustaz? Bagaimana nak buang perasaan ini?” tanya salah seorang peserta Kem HIJRI.

“Hmm… kamu sendiri rasa bagaimana?” saya memulangkan soalan itu kepadanya.

“Entahlah, saya tak boleh buang rasa tidak puas hati saya dengan emak dan ayah. Makin menjadi-jadi perasaan itu” katanya lagi.

“Apa yang paling kamu tidak suka tentang emak dan ayah kamu?” saya menyoalnya lagi.


“Saya tengok, kawan-kawan saya boleh ketawa dan bergurau dengan emak dan ayah mereka. Tetapi orang tua saya tidak pernah buat begitu. Mereka jarang mahu berbual dengan kami,” pelajar Tingkatan 3 itu menyambung kisah.

Rasa tidak berpuas hati dengan ibu bapa sering berlaku kepada anak remaja. Ia selalu terjadi apabila anak masuk ke usia sekolah menengah. Lazimnya perasaan itu timbul kerana pada usia begini, anak-anak mula bertandang ke rumah rakan, kadang-kadang tidur di rumah mereka, dan menjadi semakin memerhati serta memahami apa yang dilihat. Melihat cara ibu dan bapa rakan-rakan melayan keluarga mereka, menyebabkan si anak ‘tersedar’ tentang benda-benda yang tiada di rumahnya selama ini.

Kesan perbandingan.


DI PIHAK IBU BAPA

Jika perbandingan menjadi punca anak-anak tidak berpuas hati dengan ibu bapa, apakah yang patut dibuat? Adakah dengan menghentikan saingan itu, menghalang anak ke rumah rakan dan menegah mereka daripada membanding-bandingkan?

Untuk ibu dan bapa, mereka harus bertindak lebih baik daripada itu. Menyekat dan menghalang, hanya menunjukkan kelemahan kita yang mahu menggunakan kuasa, tanpa mahu meningkatkan pengaruh ke atas anak-anak. Tatkala anak membanding-banding kita dengan ibu bapa kawan mereka, itu adalah petanda kemerosotan pengaruh kita ke atas mereka. Justeru pengaruh itu mesti dipulihkan, dengan memperbaiki kualiti diri.


Muhasabah kembali, siapakah yang memperkenalkan ‘perangai membanding-bandingkan’ itu? Jika kita pernah membandingkan si anak dengan anak orang lain, merendah-rendahkannya di hadapan sepupu yang ‘lebih berjaya’, maka kita hakikatnya sedang menuai hasil tanaman sendiri. What you give, you get back!

Maka haruslah kita sebagai ibu dan bapa, bertindak mengubah keadaan itu. Berhenti membandingkan anak hingga hilang harga diri mereka, putus asa daripada berusaha memuaskan hati kita yang lebih risaukan satu B berbanding empat A dalam lima mata pelajaran yang diambilnya. Kesan banding membandingkan itu, amat perit kepada jiwa anak-anak, sebagaimana yang sedang mula berlaku ke atas diri kita sebagai ibu bapa ketika mereka memanjat usia remaja. Membandingkan kita dengan ibu bapa kawan-kawan mereka.


Berusaha jugalah untuk menyayangi anak dengan kasih sayang yang mereka fahami. Ya, kasih sayang yang difahami sebagai kasih sayang.

Sukar jalannya untuk meyakinkan anak-anak bahawa ibu bapa mereka juga menyayangi mereka, walaupun mungkin dalam bentuk yang berbeza.

Leteran itu sebenarnya sayang, sikap dingin itu sebenarnya sayang, melebihkan orang lain itu hakikatnya sayang, marah dan rotan itu juga sebenarnya sayang… aduh, luar biasa sekali bentuk kasih sayang ibu bapa seperti ini. Hingga akhirnya mungkin si anak akan berkata, “lebih baik mereka tidak menyayangiku, jika kasih sayang mereka semuanya menambah sakit dan derita!”


Mungkin kita memang bertindak begitu kerana menyayangi anak-anak.

Namun cubalah sekali sekala, menyayangi mereka dengan cara yang langsung terus dilihat sebagai kasih sayang.

Berikan telinga kepada si anak untuk mendengar keluhan mereka.

Bapa capailah bahu anak dari belakang, goncangkan tubuh mereka dalam pelukan mesra, tanda menyokong mereka untuk berjaya.

Ibu sikatlah rambut anak tanpa diminta, dan sesekali suapkan nasi ke mulut anak, biar pun dia sudah di Tingkatan 3.

Satu kasih sayang yang begitu, boleh memadamkan ratusan kepahitan yang pernah hinggap ke kehidupan semalam.


DI PIHAK ANAK-ANAK

Ada pun untuk si anak, mereka harus diajak kepada membuat satu anjakan paradigma.

“Ibu bapa penting, mereka mesti kita hormati. Jaga perasaan mereka dan jangan tinggikan suara. Tetapi ada sesuatu yang lebih penting daripada mereka,” saya mengajak remaja itu bertenang.

“Apa dia?” tanya beliau.

“Diri kamu sendiri!” saya merenung matanya. Mahu menambah kesungguhan maksud.

“Maksud ustaz?” beliau kurang faham.


“Dalam hidup ini, ada banyak benda yang kita tidak boleh pilih. Kamu tidak memilih untuk beribu bapakan mereka. Kamu juga tidak memilih untuk dilahirkan sebagai Melayu. Juga tidak memilih untuk lahir di Malaysia. Tidak dengan kulit seperti ini, atau hidung seperti itu, dan telinga sebegini. Betul?” saya menyoal.

Beliau mengangguk.


“Bukan itu sahaja. Nanti bila kamu semakin dewasa, makin banyak benda yang kamu tidak pilih tetapi terpaksa menghadapinya. Cuaca, kesesakan jalan raya, rakan kerja, dan banyak lagi. Jika kamu letakkan bahagia diri kamu pada semua perkara yang kamu tidak boleh pilih itu, maka tiadalah bahagia selama-lamanya. Kamu hilang kebahagian akibat kesesakan jalan raya, akibat cuaca, akibat fesyen, akibat sekolah, akibat tekanan rakan-rakan sebaya termasuk juga akibat ibu bapa. Susah tu!” tambah saya.

“Saya nampak apa yang ustaz maksudkan” kata beliau.

“Jadi apa yang kamu mahu lakukan?” saya memberi ruang untuk beliau berfikir sendiri.


TINDAKAN MANUSIA HEBAT

“Jangan pilih jalan yang susah untuk bahagia. Pilih jalan yang lebih senang” katanya.

Saya terpegun.

“Huh, macam mana tu?” saya kepingin untuk tahu.


“Kalau nak bahagia cara susah, saya kena ubah semua benda yang menyebabkan saya tidak bahagia. Dan itu mustahil. Tetapi jalan yang paling mudah untuk bahagia, ialah saya ubah apa yang saya paling boleh ubah!” katanya.

“Iaitu…” saya memintas kerana teruja.

“Diri saya sendiri!” katanya.


Saya hampir berdiri kerana terlalu seronok mendengar kesimpulan anak muda itu. Bangga dengan keupayaannya menangkap teladan.

“Cuma satu sahaja ustaz,” ujar beliau.

“Apa dia?” saya mahu tahu.

“Apa hikmahnya Allah bagi saya terlihat dan terpandang kelemahan ayah serta ibu?” tanya beliau. Jujur.


“Hmm. Bagi seorang anak yang ‘bahagia’, apa hendak semua dapat, semuanya elok-elok belaka, kamu rasa dia sedar tak dengan satu kelemahan yang boleh berlaku pada dirinya?” saya menjawab dengan soalan.

“Tidak. Apa dia ustaz?” beliau sedikit kebingungan.


“Dia tidak biasa dengan kekurangan. Dan tidak biasa menguruskan kelemahan. Jika dia tidak sedar dengan hal itu, bersediakah dia untuk menghadapi kekurangan suaminya bila dia berkahwin nanti? Bersediakah dia untuk menghadapi kekurangan anak-anaknya apabila dia menjadi ibu nanti? Kamu rasa bagaimana?” saya menyoalnya lagi.

“Mungkin bersedia. Mungkin tak bersedia. Entah!” kata remaja itu.

“Tapi kamu, kerana sudah belajar menerima dan menguruskan kekurangan ibu bapa, kamu bersedia tak andaikata suami kamu nanti ada kekurangan, anak-anak ada kekurangan?” saya menyambung tanya.


“Bersedia!” kata beliau dengan yakin.

“Rupa-rupanya, kekurangan ibu dan bapa kamu itu, adalah didikan Allah untuk menjadikan kamu manusia hebat satu hari nanti. Insya Allah. Kamu yakin?” saya membuat kesimpulan.

You just have to believe!” jawab beliau, memetik filem tema KEM HIJRI kali ini, Kungfu Panda.

“Tahniah!” saya menyudahkan perbualan.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG