Cerita Tentang Hati

on Sunday, May 3, 2009




"kamu ni nak tunggu bila lagi.." mak memulakan perbualan ketika kami bersarapan sama2 pagi tu..
"err..tunggu apa.." jawabku sambil berbasa basi..sambil menghirup air teh..

"ish..takkan nak duk camtu aje sampai tua.."mak menyambung, cuba memerangkap..
(aduss!! fikirku dalam hati...)

"dah tu..nak macamana lagi mak..tah la mak..tak tau la nak kata.."aku menjawab mendatar..

mak masih merenung aku..
"kakpah duk sibuk tanya..tak jadi ke nak jadi menantu dia.."

"segan la mak..keluarga dia tu jenis berharta.."aku cuba memberi alasan..

"mak tak kisah pun, asalkan ayin suka.."

"er..nanti la dulu.."aku menjawab sambil menghabiskan baki air teh yang ada..

perbualan ni sebenarnya dah berlalu lama dah..saja diungkit, dan tak tau kenapa malam ni hatiku terasa rawan..memikirkan tentang diri, tentang mak yang kesihatannya makin tak menentu..dan memikirkan masa depan yang masih tak pasti..

mungkin ada yang lain yang masih senasib denganku..masih mencari-cari..tercari-cari lagi apa yang mungkin diistilahkan 'kebahagiaan' oleh orang lain..hidup berteman, makan pakai terjaga, segalaya dikongsi oleh segala rasa dan kata..walaupun aku tak pinta keadaan aku masih dalam keadaan sebegini, mengenangkan bahawa di luar sana masih ramai lagi yang lebih tidak bernasib baik dari keadaan yang aku alami sekarang..

namun masih, persoalan itu tetap menjadi persoalan..bukan seorang dua, bahkan adik-adik yang belajar di kolej UM dan KIAS ni pun dah sibuk bertanya.."abg ngah bila lagi?" soalan keramat yang seboleh-bolehnya cuba dielakkan buat seketika dan sementara waktu..sesetengah orang cuba memujuk..'biar terlewat, asal jangan tersalah pilih'...soal tersalah pilih rasanya bukan persoalan..aku tau tak ada manusia yang sempurna..aku juga begitu, satu-satunya kesempurnaan manusia itu adalah kerana mereka punya kelemahan dan kekuatan..untuk disatukan, saling melengkapi..antara satu sama lain..

bukan juga aku tak pernah mencuba..tapi entah lah..ada saja halangan, ada saja aral yang melintang..sehingga kadang-kadang aku terfikir yang bukan-bukan..tapi aku tak menyesal, mereka yang aku pernah kenali, yang aku pernah sayangi..aku sentiasa harapkan mereka sentiasa bahagia, di mana pun mereka..dengan siapa sahaja..jika aku tak dapat memberikan kebahagiaan itu, biarlah mereka mengecapi kebahagiaan itu dengan cara mereka sendiri, dan kadang-kadang, mereka sebenarnya lebih berhak untuk mengecapi kebahagiaan itu, mungkin ada hikmah disebaliknya, aku akur walaupun gundah di dalam hati tak siapa yang tahu.. bagi mereka di luar sana yang sedang, dan masih di alam perhubungan, jaga dan bajailah hubungan yang terbina itu sebaiknya, kerana kita mungkin takkan temui lagi mereka yang sudi menyayangi diri kita dengan seikhlas hati, juga menerima kita seadanya berwajahkan diri kita yang sebenar..hargailah mereka, sayangilah mereka..

dan kalau benarlah jika kebahagiaan itu diukur dengan hidup berteman, maka biarlah untuk seketika..aku mencari damai di hati ini sendirian..

3 Reaksi Hati:

:: eyeNa :: said...

ianya berat untuk di katakan.. ianya perit untuk dirasakan.. ianya sakit untuk di tanggung sendirian.. namun ianya mungkin ada sebuah kebahagiaan..

kebahagiaan yang mungkin kini bersembunyi.. dan satu hari siapa tahu kebahagiaan tu dtg tanpa dipinta atau dicari.. ia dtg sendiri dan kemudian terus menemani.. setia disisi.. hingga akhir hayat ini...

percayalah.. yakinlah... sabarlah..

i know u can do it.. i know u can face it.. keep going.. chayok2..!!

p/s err sory kalau salah bahasa inggeris lemah..ahaii

The Guy said...

insyaAllah..
tq utk komen..

moga kebahagiaan itu milik semua yang ikhlas mencari ketenangan..

Anonymous said...

ini mcm kisah lame je...

takde update ke...:)

Post a Comment

Anda Bagaimana?